Dolly Mustache
You have been here,welcome | Dashboard | +Follow
Projek Menjaga Iman
Friday, 22 March 2013 | 23:48 | 0 mustaches


Beberapa langkah utama yang mesti dijaga oleh setiap Mukmin untuk menjaga kesejahteraan imannya adalah seperti berikut.


1. Menuntut Ilmu.

Orang yang mencari ilmu untuk dijadikan bekalan di dalam perjalanan hidup untuk Hari Kemudian dan berniat untuk mencari keredhaan Allah semata-mata, maka ia termasuk dalam golongan orang-orang yang bakal memperolehi keselamatan dan kejayaan. Imam Al-Ghazali menyatakan:

"Yang paling utama sekali adalah waktu kamu digunakan untuk menambah ilmu yang berguna dan bermanfaat terhadap Deen, iaitu ilmu yang dapat menghantar kamu menuju ketaqwaan kepada Allah ta'ala, membuka kesedaran kamu untuk menyaksikan segala keburukan yang terdapat di dalam dirimu. Memperdalamkan makrifat terhadap ibadah kepada Allah s.w.t. Mengurangkan hasrat kamu yang berlebih-lebihan terhadap dunia dan menambah penglibatan dirimu terhadap kehidupan di akhirat kelak.

Ilmu ini dapat membuka luas mata hatimu terhadap cacat cela segala macam amal perbuatanmu, sehingga kamu dapat menjaga jangan sampai berulang lagi perbuatan yang buruk, malah membuat kamu lebih waspada dan berhati-hati sekali terhadap godaan-godaan syaitan dan tipu dayanya."


2. Mentaati Perintah Allah.

Taat itu maksudnya ialah menurut atau patuh kepada peraturan-peraturan dan ketentuan-ketentuan yang ditetapkan oleh Allah ta'ala. Perintah-perintah Allah itu terdiri daripada amal-amal yang wajib dan yang sunat.

Amal-amal yang wajib adalah merupakan amal pokok yang paling penting bagi menggerakkan setiap urusan serta membawa manusia ke jalan yang selamat dan bahagia. Amal-amal yang sunat pula merupakan keuntungan yang memberikan dan mengangkat darjat kepada kejayaan dan kemuliaan.

Dalam mentaati perintah Allah seseorang Mukmin mestilah menunaikan kewajipan-kewajipan yang telah difardhukan kepadanya seperti Solat, puasa pada bulan Ramadhan, menunaikan haji dan mengeluarkan zakat. Demi untuk memastikan keempat-empat fardhu ini hidup di dalam dirinya hendaklah ia menyeru manusia kepada perlaksanaannya serta melarang manusia dari mengabaikannya. Usaha ini dinamakan sebagai amru bil ma'ruf wa nahu 'anil munkar. Oleh itu sekiranya tugas ini tidak dilaksanakan dengan
sempurna, maka menjadi kewajipan kepadanya untuk melaksanakannya.

Di samping melakukan perkara-perkara yang fardhu, seseorang Mukmin itu hendaklah meningkatkan dirinya bagi melaksanakan amalan-amalan yang sunat. Amalan-amalan yang sunat ini begitu luas ruang lingkupnya. Oleh itu perkara yang paling penting dalam melaksanakan amalan-amalan sunat ini hendaklah ia berdasarkan petunjuk-petunjuk dari Sunnah Rasulullah s.a.w.


3 . Menjauhi Maksiat.

Seorang Mukmin itu juga mestilah menjauhi dirinya dari Maksiat. Memandang berat terhadap dosa-dosa besar, berwaspada terhadap dosa-dosa kecil dan berusaha bersungguh-sungguh untuk menjauhinya.

Imam Al-Ghazali memberi peringatan:

"Di dalam tuntutan Deen terdapat dua perkara yang sangat penting untuk diperhatikan: Pertama, meninggalkan dan menjauhi segala sesuatu yang dilarang dan diharamkan. Kedua, berbuat taat dan menunaikan segala perintah, beribadah dan berbakti kepada Allah.

Untuk menjadikan Iman jauh dari pengaruh maksiat hendaklah seseorang Muslim itu menjaga adab-adab yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w. [*]. Ini kerana kebiasaannya syaitan itu menyerang manusia dari pintu-pintu yang terlemah di dalam dirinya. Oleh itu hendaklah ia membentengi dirinya daripada serangan-serangan syaitan.

[*] Adab-adab ini telah ditunjukkan oleh Rasulullah SAW, ia bersangkutan dengan:

a. Mata dan apa yang dilihatinya.

b. Telinga dan apa yang didengarinya.

c. Lidah dan apa yang diucapkannya.

d. Perut dan dari sumber yang bagaimana dimasukkan ke dalamnya.

e. Tangan dan apa yang dilakukannya.

f. Kaki dan ke mana diarahkannya.

g. Kemaluan dan bagaimana dijagainya.

h. Hati dan dosa-dosa yang dilakukannya.

Kita berdoa semoga Allah ta'ala sentiasa menggolongkan kita ke dalam golongan orang-orang yang beriman dan menjauhkan diri kita daripada menyekutukan-Nya.

kredit: Kitab Al-Bidayatul Hidayah oleh Imam Al-Ghazali


Salam Ukhuwah..~

Rasulullah s.a.w. Hormati Penganut Agama Lain
Wednesday, 13 March 2013 | 00:04 | 0 mustaches
Firman Allah SWT: “Dan kalaulah Allah tidak mendorong setengah manusia menentang pencerobohan setengahnya yang lain, nescaya runtuhlah tempat-tempat pertapaan serta gereja-gereja (kaum Nasrani) dan tempat-tempat sembahyang (kaum Yahudi), dan juga masjid-masjid (orang Islam) yang sentiasa disebut nama Allah banyak-banyak padanya dan sesungguhnya Allah akan menolong sesiapa yang menolong agama-Nya (agama Islam); sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha Kuasa.” 
(Surah Al-Haj, ayat 40)


Islam adalah agama perdamaian dan agama toleransi. Ia bukan kata-kata kosong tetapi sesuatu yang dijelaskan Allah SWT dalam banyak tempat dalam al-Quran dan dibuktikan secara praktikal oleh Rasulullah SAW melalui sejarah kehidupan dan perjuangan Baginda.


Firman Allah: “Dan janganlah kamu berbahas dengan Ahli Kitab melainkan dengan cara yang lebih baik, kecuali orang yang berlaku zalim di antara mereka dan katakanlah (kepada mereka): Kami beriman kepada (al-Quran) yang diturunkan kepada kami dan kepada (Taurat dan Injil) yang diturunkan kepada kamu dan Tuhan kami, juga Tuhan kamu, adalah Satu dan kepada-Nyalah, kami patuh dengan berserah diri.” 
(Surah al-Ankabut, ayat 46)

Antara perkara awal yang dilakukan Rasulullah SAW bila tiba di Madinah ialah mengadakan perjanjian dengan orang Yahudi.

Inti pati perjanjian itu ialah negara Islam Madinah perlu menghormati kepercayaan dan agama mereka, mempertahankan mereka daripada segala bentuk ancaman dan menjadikan mereka sebahagian masyarakat Madinah yang akan mempertahankan setiap inci buminya.

Rasulullah SAW sendiri mempunyai jiran-jiran dalam kalangan ahli kitab yang dilayan begitu baik oleh Baginda. Perkara biasa dilakukan oleh Rasulullah SAW ketika itu ialah memberikan mereka hadiah dan begitu juga sebaliknya, mereka memberikan Nabi hadiah.

Pernah satu ketika rombongan Nasrani Habsyah bertandang ke Madinah, Rasulullah SAW menempatkan mereka di masjid. Secara peribadi, Rasulullah SAW melayan mereka dan mengungkapkan kata-kata penuh makna, “Mereka pernah memuliakan sahabat-sahabat kita dan aku suka diriku sendiri memuliakan mereka.”

Sebenarnya perbezaan agama tidak menghalang kita untuk berbuat baik, berkasih sayang dan bertoleransi dalam perkara diizinkan oleh syariat.

Firman Allah: “Pada masa ini dihalalkan bagi kamu (memakan makanan) yang lazat-lazat serta baik-baik. Dan makanan (sembelihan) orang yang diberikan Kitab itu adalah halal bagi kamu dan makanan (sembelihan) kamu adalah halal bagi mereka (tidak salah kamu memberi makan kepada mereka) dan (dihalalkan kamu berkahwin) dengan perempuan-perempuan yang menjaga kehormatannya di antara perempuan-perempuan yang beriman, dan juga perempuan-perempuan yang menjaga kehormatannya dari kalangan orang yang diberikan Kitab dulu daripada kamu.” 
(Surah al-Maidah, ayat 5)

Satu peristiwa yang lebih menakjubkan mengenai toleransi ini ialah kedatangan rombongan daripada Nasrani Najran yang disambut oleh Rasulullah SAW. Sekali lagi Rasulullah SAW menempatkan tetamu berlainan akidah ini di Masjid Nabawi dan membenarkan mereka sembahyang berdasarkan kepercayaan mereka di satu sudut, manakala Rasulullah SAW dan sahabat bersolat jemaah di satu sudut lain dalam satu masjid.

Selepas itu Rasulullah SAW berbincang, berdialog serta berdebat bersama mereka dengan penuh beradab dan berakhlak. Sebenarnya apa yang dilakukan Rasulullah SAW ini tidak lain tidak bukan hanyalah sebagai kepatuhan kepada saranan Allah SWT.

Firman Allah: “Dan janganlah kamu berbahas dengan Ahli Kitab melainkan dengan cara yang lebih baik, kecuali orang yang berlaku zalim di antara mereka dan katakanlah (kepada mereka): Kami beriman kepada (al-Quran) yang diturunkan kepada kami dan kepada (Taurat dan Injil) yang diturunkan kepada kamu dan Tuhan kami, juga Tuhan kamu, adalah Satu dan kepada-Nyalah, kami patuh dengan berserah diri.” 
(Surah al-Ankabut, ayat 46)

Bukankah penghinaan, ugutan dan menimbulkan bibit-bibit kebencian kepada penganut agama lain adalah sesuatu yang dicela oleh al-Quran dan pada masa sama menimbulkan permusuhan serta kebencian yang pasti tidak akan menguntungkan sesiapa.

Firman Allah SWT: “Dan janganlah kamu cerca benda-benda yang mereka sembah yang lain daripada Allah, kerana mereka kelak, akan mencerca Allah secara melampaui batas dengan ketiadaan pengetahuan.” 
(Surah al-A’nam, ayat 108)

Di atas asas toleransi inilah sebenarnya tamadun umat Islam berkembang. Orang bukan Islam buat kali pertama dalam sejarah hidup mereka melihat bagaimana Islam membina tamadun tanpa prejudis kepada orang lain bahkan pada masa sama memberi ruang cukup luas kepada bukan Islam untuk sama-sama menyumbang kepada pembinaan kemajuan dan ketamadunan dunia.

Begitulah toleransi yang dituntut tanpa kompromi berkaitan akidah dan kepercayaan kita. Setiap Muslim wajib beriman kepada rasul di samping keimanan kita yang tidak berbelah bahagi kepada Rasulullah SAW. Inilah umat Islam yang sebenarnya yang memiliki jiwa yang besar.

Firman Allah SWT: “Katakanlah (hai orang Mukmin): Kami beriman kepada Allah dan apa yang diturunkan kepada kami, dan apa yang diturunkan kepada Ibrahim, Ismail, Ishak, Yakub dan anak cucunya, dan apa yang diberikan kepada Musa dan Isa serta apa yang diberikan kepada nabi-nabi daripada Tuhannya. Kami tidak membeda-bedakan seorang pun di antara mereka dan kami hanya tunduk patuh kepada-Nya.” 
(Surah al-Baqarah, ayat 136)

Jelas sekali Islam tidak membenarkan kita bertindak zalim kepada penganut agama lain melalui tindakan kekerasan atau melahirkannya dalam bentuk provokasi sama ada tulisan atau ucapan. Islam mewajibkan kepada pemerintah menjaga tempat ibadah mereka daripada dicerobohi.

Penulis ialah perunding motivasi Islam Fitrah Power Resources

kredit: naimqlate
Perkara Yang Perlu Anda Tahu
Tuesday, 12 March 2013 | 23:57 | 0 mustaches
PERKARA YANG ANDA TAHU DAN MUNGKIN TIDAK TAHU MENGENAI MILITARY OF MALAYSIA..


1. Malaysia pernah menghantar pasukan tentera semasa Perang Vietnam bagi membantu Amerika Syarikat menjejaki gerila Viet Cong..

2. Malaysia merupakan satu-satunya negara di dunia yang berjaya menghancurkan ancaman komunis sedangkan kerajaan demokratik Vietnam yang dibantu oleh Amerika Syarikat tewas kepada komunis..

3. ATM diperakui PAKAR PERANG HUTAN oleh seluruh dunia dan merupakan satu satunya pasukan yang Berjaya mengekang komunisme..Percaya atau tidak?

4. VAT69 dijulang sebagai komando terbaik dunia sehinggakan pasukan ini didokumentarikan oleh ASIA CHANNEL..Percaya atau tidak?

5. Perisik Malaysia sama ada PDRM atau ATM merupakan perisikan yang paling terbaik dalam dunia..percaya atau tidak? Pada 1988 seorang perisik KGB, Siddiq Ghouse ditangkap kerana merisik Malaysia? Hal ini dibuktikan dengan kepantasan Malaysia membasmi Al-Maunnah, KMM, Abu Sayyaf, Jemaah Islamiah dan penganas-penganas lain tanpa mengambil masa yang lama..

6. Percaya atau tidak perisik dan anggota elit ATM dan PDRM, apabila bersara dikehendaki melaporkan diri di balai polis bagi waktu dan masa yang ditetapkan? Mereka juga sukar untuk memohon passport atau visa ke luar Negara..

7. Percaya atau tidak panggilan “cikgu” digunakan oleh anggota polis merujuk pada anggota ATM?

8. ATM menjadi rebutan amerika dan Britain. Namun ATM memilih Britain kerana ikatan persahabatan yang kian lama terjalin, namun tahukah anda ATM telah menubuhkan sekolah ketenteraan FORT BENNINGS ?? Di sini diperkatakan tentera terhebat adalah SAS (Britain), diikuti Malaysia (ATM) dan amerika US ARMY. Percaya atau tidak?

9. Bagi menghina Malaysia, Indonesia segaja mengajar angkatan tentera Kemboja. Tapi Indonesia mendapat aib apabila ATM berjaya menerobos kem tentera Kemboja tanpa disedari dan berjaya mematikan periuk api.!! ini amat memalukan mereka..percaya atau tidak?

10. Pasukan elit pertama Malaysia merupakan Sarawak Rangers dan ini merupakan pasukan paling awal sebagai pasukan elit dari negara2 rantau ini.. Percaya atau tidak?

11. Komando Malaysia pernah membantu tentera AS bagi menandakan sasaran-sasaran tentera Serb melalui Laser Target Designator untuk dimusnahkan dengan “Smart Bomb” dari pesawat pengebom NATO..

12. Percaya atau tidak jika dikatakan Komando-komando Malaysia diberi tugas sebagai QRR (Quick Reaction Rescue) bagi tentera2 NATO dalam perang BOSNIA? Suatu ketika dahulu pernah dicatatkan dalam newspaper di Amerika..hal ini dan diperakui oleh tentera-tentera asing dan mengelarkan pasukan negara yang datang untuk garisan mati..

13. Malaysia pernah menghantar 7 anggota komando terbaik ke Manila dalam satu misi khas mengambil dokumen berkaitan sabah suatu ketika dahulu..Operasi itu dikenali sebagai "OPS SABAH SELAMANYA"..(FAKTA YG TIDAK DAPAT DI SAH)

14. Tahukah anda filem “Black Hawk Down” mengisahkan pemberontakan di Somalia, menyelewengkan fakta sebenar di mana sebenarnya tentera Malaysialah yang menjadi wira, tetapi oleh kerana ia filem Hollywood, maka peranan Malaysia langsung tidak diiktiraf..

15. Komando Malaysia pernah mencerobohi kompleks pertahanan udara Singapura di Bukit Batuk lalu menampal setem malaysia pada setiap peluru berpandu , meja officer dan menukar bendera singapore dgn bendera malaysia pada meja pegawai tinggi. tujuannya membalas dendam kerana jet singapore sering menceroboh ruang udara johor.. mereka mlakukan tugas tersebut hanya 1 hari tanpa dapat kesan. kakitangan komplek pertahanan singapore yg terlibat telah dipecat kerana insiden itu..

kredit: rakangroup
Last PMR '98
Friday, 22 February 2013 | 22:33 | 0 mustaches
Assalamualaikum, pada tahun 2013 fara da 15 thaun/ form 3 :) PMR kot -,-' hurm sebenarnye fara tak bersedia lagi nk PMR walau mcam mane pun fara kena belajar besungguh untuk dapatkn 8A macam Are Lynn kawan fara, mohon kerja sama anda semua tolong doakan fara key semua ni pun untuk masa depan fara & family juga, kepada kawan-2 fara yg PMR tahun ni GOOD LUCK ok guys. Pada tahun ini juga PMR yg terakhir sebenarnye yg PMR tahun ni untuk la dpat merase untuk menduduki PMR, fara target 8A kalau orang lain bole dpat 8A fara pun bole juga, atas jasa guru-2 inshallah 8A itu akan jadi milik fara, lepas PMR fara nk chau dri SMK PINJI nk masuk vokasional/ teknik! Tujuan fara masuk teknik sebab nk belajar sesuatu yg baru & nk kawan baru, new life. Okey la guys sampai sini jela fara cerita pasal PMR :) sebenarnye fara bkan tahu sgat pun GOOD LUCK GUYS '98 @FarahGemoks 
10. Cara untuk meraikan cinta ALLAH S.W.T
Saturday, 15 December 2012 | 18:19 | 0 mustaches
1.Membaca Al-Quran dgan tadabbur dan memahaminye dgan baik.

2.Mendekatkan diri pada Allah dgan solat sunat setelah mengutamakan solat wajib.

3.Selalu berzikir dalam segala keadaan dgan hati,lisan,dan perbuatan.

4.Mengutamakan kehendak Allah dlam segale keadaan.

5.Menanamkan dlam hati nama-nama dan sifat-sifat Allah dan memahami maknanye.

6.Bersyukur kepada Allah dalam setiap perkara yang ditentukan olehNYA.

7.Setiap tawadduk (rendeh diri) kepada Allah.

8.Selalu bangun malam untuk beribadah, bermunajat dan membaca kitab suciNYA.

9.Banyakkan bergaul dgan orang-orang soleh juga mengambil hikmah dari mereka.

10.Jangan mendekati perkara-perkara yg menyebabkan kita lalai dari mengingati ALLAH S.W.T
Collection F▲R▲H▲NIM☮™
Wednesday, 21 November 2012 | 18:29 | 0 mustaches
Hi Assalamualaikum, hampir 1 bulan fara tak post dkat blogger :) Okey tak payah nk panjangkan cerita, dkat atas niyh semua gambar fara, ad yg DUCK FACE , berpurdah and etc . Far tak sempurna mcam orang lain *Nobody Perfect. Gambar fara tak ad la semuanye cantik biase-2 jer fara niyh jenis simple girl je, Fara tak bermake up original face :)Fara sedang mencari untuk menjadi kekasih fara :'/ bosan jugak time single & jelly tgok orang lain ad bf :) btw doakn afar agar dpat bf ,sampai sini je la cerita fara nanty kalau fara free fara tulis bayak-2 okey MUAH SETEMPET , thanks kerna sudi bace kisah fara yg tak seberape sempurna niyh kbye :*
Avia Schixendra'z
Tuesday, 23 October 2012 | 20:29 | 0 mustaches
Assalammualaikum , hari niyh fara nk cerita tentang group fara yg AWESOME niyh :) Sebenarnye dlam gambar niyh fara tak ad coz fara tak ad kawan nk pergi , nk pergi seserong segan plak :) Haha btw ad orang nk event pergi Lost Wold Of Tambun pulak :D hehe yeppew bole lepaking dgan grouAvia Schixendra'z . Dalam byak group la group niyh yg paling AWESOME , Peramah & etc . Dalam group niyh ad 7-8 admin dlam group niyh :) Semua admin sporting baik-2 comel-2 gempak-2, yg Paling Comei ADMIN @adameiezat *admin teddy :) Admin yg lain pun Comel jugak :) Fara rase betuah dapat follow group niyh Thanks kepada yg telah tambah fara dlam group yg Terlebih Awesome niyh :) Fara doakn group niyh kekal forever & ever :) Sejak group niyh ditubuhkan di PERAK :) Semua budak Perak bergabung yg pemalu jadi peramah , yg jahat jadi baik , yg musuh jadi kawan :) Fara yg dulu peramah now Terlebih Peramah :) Dulu fara onl 10-20 minit da bosan , bile da masuk dlam group niyh tak berengang dgan lappy dari pagi - malam :) Fara teringin sgat nk hang-over dan group niyh :') , inshallah one day :) Semua orang dlam group niyh baik belake :) Fara harap kite semua dapat jadi kawan baik :) Group niyh ditubuhkan hanye untuk mengeratkan silaturahim. :) Huh sampai disini je la fara ceritakn tentang group yg AWESOME niyh :) Kalau la fara niyh penulis novel da lame fara buat novel untuk group niyh *Avia Schixendra'z :) Kbubye Assalammualaikum , Thanks kepada anda semua yg sudi baca blogger fara yg tak seberape niyh ILOVEYOU Avia Schixendra'z.


Older Post
Welcome

Welcome to my Mustache World. Be nice here or you may leave.

Mustache Talk
Put your cbox / fibox code here. Max width : 230 px

Navigations

About Links Entries

Credits

Designed by : Irdina Sophea
Tutorials by : Jaja
Cursors : Ziera Sharplet
Images : We Heart It
Header : Ain